Pro Sunting
Buku yang mudah dibaca adalah suatu keadaan yang amat kritikal bagi seseorang individu ataupun organisasi penerbit buku. Ia lagi kritikal bagi mereka yang menerbitkan karya secara sendiri. Sebarang kesalahan taip, nahu, tatabahasa dan tanda bacaan boleh menyebabkan para pembaca mengalihkan perhatian daripada mesej serta isi yang bagus kepada mencari kesalahan pada buku tersebut. Tenaga pakar PenerbitBuku.Com berpengalaman mengendalikan keadaan sebegini. Mereka ini amat teliti dalam menjaga konsistensi penyampaian dan tatabahasa buku bagi menjadikan persembahannya profesional seperti kehendak dan jangkaan pembaca. Ketelitian ini menjadikan buku terbitan Anda berada pada taraf yang sama dengan penerbit profesional dan sudah lama dalam pasaran. Para editor PenerbitBuku.Com ...
Pro Terjemah
Mahal! Tidak sedap dibaca! Baik baca buku asal! dan banyak lagi keluhan serta komen didengar apabila kita menyebut mengenai perkhidmatan terjemahan dan buku terjemahan. Kadar standard sekian lama diperkenalkan dalam dunia penterjemahan negara menjadikan para penerbit atau organisasi berfikir beberapa kali bagi menterjemah buku walaupun ianya buku paling laris terjual di dunia. Perkara inilah yang menghasilkan kesan domino kepada buku-buku terjemahan, harga mahal, susah dijual dan tidak laris dalam pasaran. Tambahan kepada situasi tragis ini adalah mutu dan kualiti terjemahan yang dibuat. Bahasanya sukar dibaca, makna dan roh penulisan asal tidak kesampaian, gangguan kepada pembacaan dan banyak lagi pandangan negatif terhadap ...
Pro Layout
Sekarang manuskrip Anda sudah selesai, selesai ditulis, selesai diterjemahkan, selesai disunting. Anda berfikir bahawa ia memerlukan seorang artis grafik yang baik bagi memastikan karya Anda disusun atur dengan baik. Susun atur huruf sesuatu buku ke dalam bentuk buku amat penting kepada survival sesebuah penerbitan buku. Ada kadangkala buku tersebut sudah bagus isinya, tip-tipnya praktikal, fakta mantap, kajian mendalam. Namun begitu disebabkan susun atur huruf tidak disusun dengan baik, gambar rajah berselerak, penggunaan typo tidak sesuai, tidak termasuk susunan formula dan penataan teks Arab yang mengecewakan menjadikan buku tersebut tidak menyelerakan bagi dibaca. kesalahan penataan susun atur huruf yang tidak sesuai dengan ...
Pro Cetak
Buku yang baik adalah buku mempunyai komponen isi, persembahan dan pakej yang baik. Pakej ini termasuklah cara cetakan, cara penjilidan dan kualiti kulit buku tercetak. Ini adalah faktor yang cukup penting bagi memastikan buku terbitan Anda menepati cita rasa para pelanggan iaitu pembaca. Di samping itu juga faktor harga dan masa yang cukup kritikal dalam memastikan pelaburan yang sudah dibuat berbaloi dan mendapat pulangan maksima. Para pencetak PenerbitBuku.Com mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang cetakan dan penjilidan. Sebut sahaja apa sahaja spesifikasi yang dikehendaki, mereka pasti boleh lakukannya. Selepas mengendalikan berpuluh ribu jenis buku dan majalah, daripada percetakan web hinggalah kepada off ...
Pro Latih
Dunia penerbitan buku adalah dunia yang cukup dinamik. Ia selari dengan perkembangan ilmu yang bergerak laju. Setiap hari ada sahaja penemuan terbaru, teknologi terkini, peralatan tercanggih, idea inovatif terhebat muncul. Impak daripada itu, minda insan di sekeliling kewujudan perkara-perkara ini berubah selari dengannya. Cara bertindak, cara bercakap dan berfikir rakyat juga berkembang mengikuti arus moden. Ini menyebabkan para penerbit dan penulis perlu juga bergerak selari dengan situasi semasa. Idea-idea yang mungkin dirasakan baik pada zaman dahulu tidak semestinya relevan dengan masa sekarang. Kaedah terbaik dan tercanggih dahulu sudah menjadi purba pada mata pandang moden. Ilmu-ilmu baru dunia penulisan dan penerbitan buku ...
