Buku Pasti Skor A! Penulisan Bahasa Malaysia UPSR Siap Dicetak

July 24, 2008

Alhamdulillah, buku Pasti Skor A! Penulisan Bahasa Malaysia UPSR sudah siap dicetak. Semalam saya ke pencetak dan mereka memaklumkan berita gembira ini. Ia siap dicetak dalam tempoh 5 hari sahaja. Ini satu rekod baru pencapaian Book Pro. Segala bahan dihantar pada 18 Julai 2008 dan pada 23 Julai 2008 sudah siap tercetak. InsyaAllah buku ini akan sampai ke tangan pelanggan pada petang ini. Di bawah dikongsikan buku yang sudah siap tercetak buat para pelawat.

skorsiap.jpg

Projek Terbaru : Susun Atur Huruf Buku RESET Terbitan ZI Publications Sdn Bhd

July 10, 2008

cover_reset.jpg

Pihak Book Pro baru saja selesai menyusun atur huruf buku bertajuk RESET : Rethinking the Malaysian Political Paradigm terbitan ZI Publications Sdn Bhd. Segala proses susun atur huruf, pruf, suntingan ringkas dan indeks bagi buku ini disediakan oleh artis layout Book Pro. Satu pengalaman menarik membuat gerak kerja buku berfalsafah tinggi dalam bahasa Inggeris. Bersama ini saya kongsikan kulit buku RESET : Rethinking the Malaysian Political Paradigm buat tatapan semua. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ZI Publications Sdn Bhd (Sila klik di sini).

RESET sudah berada dalam proses cetakan dan dijangka akan menemui para pembaca pada penghujung bulan Julai 2008. Nantikan buku terbaru ZI Publications Sdn Bhd

Projek Terbaru : Buku Pasti Skor A! Penulisan Bahasa Melayu UPSR

July 10, 2008

Pihak Book Pro dalam proses menyiapkan buku PASTI SKOR A! Penulisan Bahasa Melayu UPSR tulisan Cikgu Razman Samaon. Buku ini mengandungi pelbagai tip praktikal penulisan bahasa Melayu terkini. Sasaran masuk cetakan pada minggu hadapan.

Bersama ini saya kongsikan kulit bukunya buat tatapan semua. Saya merasakan kulit buku ini cukup menarik dan bercitarasa remaja.

kulitbukuskora.jpg

Book Pro Menaja Pembangunan Laman Web Pesta Buku Selangor 2008

July 2, 2008

Pada tahun ini, pihak Book Pro dengan sukacitanya menaja pembangunan laman web Pesta Buku Selangor 2008 bagi menggalakkan penyebaran bahan ilmu di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

lamanwebpestabukuselangor.jpg

Pihak Book Pro menaja pembinaan laman web, domain dan tapak pelayan bagi Pesta Buku Selangor 2008. Semoga dengan penajaan ini lebih banyak manfaat diberikan kepada masyarakat.