Buku Siap : Ulum Al-Hadith

October 10, 2008

Alhamdulillah hari ini saya sudah menerima naskhah buku Ulum Al-Hadith yang siap dicetak. Buku terbitan syarikat Warisan Nabawi Enterprise ini adalah salah satu projek buku terbaru di bawah perkhidmatan penerbitan Book Pro.

ulumhadith5.jpg

Buku ini adalah karangan Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman. Sedikit blurb belakang buat tatapan semua.

Buku ini menerangkan kedudukan sebenar tata letak sunnah Muhammad s.a.w. di dalam syariat Islam. Ia mampu menangkis fahaman anti hadith dan mengekalkan status quo sunnah Rasul s.a.w. sebagai sumber yang mendasari syariat dan hukum Islam.

Tulisan yang membahaskan ilmu-ilmu berkaitan sains hadith atau ulum al-hadith. Bagi memurnikan khilaf yang wujud berkaitan ilmu hadith, buku ini dapat memperincikan perbahasan yang dibawa oleh para ulama’ silam dan sekarang. Penelitian yang tuntas dan sederhana memberi gambaran yang jelas kepada sesiapa yang membelek setiap halaman buku ini.

Buku ini juga mampu memberi maklumat awal tentang gambaran sebenar ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasul s.a.w. yang disusun atur oleh para ulama’ silam dan semasa. Disenaraikan bersama contoh-contoh yang mudah difahami di samping huraian yang jelas dan terang sebagai mana yang digariskan oleh ulama’ hadith.

Boleh menjadi rujukan sama ada di peringkat menengah, pengajian tinggi hatta masyarakat awam sekalipun. Sesuai menjadi buku panduan untuk pelajaran yang berkaitan hadith, tafsir, fiqh dan sebagainya.

Projek Terbaru : Susun Atur Huruf TAXI terbitan ZI Publications Sdn Bhd

October 10, 2008

taxi.jpg

Projek susun atur huruf (layout) yang baru selesai adalah buku TAXI terbitan ZI Publications Sdn Bhd. Buku ini adalah satu catatan peribadi yang menjadi bestseller di timur tengah.

Saya ambil sedikit sinopsis yang dipetik daripada laman ZI Publications

TAXI brings together 58 fictional dialogues with Cairo cabbies recreated from the author’s own experience of traversing the city. It takes the reader on a roller-coaster of emotions as bumpy and noisy as the city’s potholed and chaotic streets.

Described as an urban sociology, an ethnography, a classic of oral history - and a work of poetry in motion - TAXI tells Herculean tales of the struggle for survival and dignity among Cairo’s 80,000 cab drivers. It is a wing-mirror that reflects both on modern Egypt and on the human condition, plucking from the rush-hour sandstorm a feast of memories, lies, loves, hates and dreams.

TAXI was an instant bestseller in Arabic markets and has been credited with reviving an interest in reading in Egypt. This unique work explores the poignant self-reflections of members of a caste who have little in common apart from their trade.

Ia sudah boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran.

Projek Terbaru : Dinamika Sosial, Pembangunan & Persekitaran Di Malaysia

October 10, 2008

Selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin bagi pihak pengurusan Book Pro Group jika ada salah silap kami sepanjang mengendalikan projek di bawah kendalian kami. Alhamdulillah rezeki Book Pro Group semakin baik. Banyak juga projek yang sedang berjalan. Ada yang sudah siap dan baru keluar dari pencetak semalam.

Projek terbaru Book Pro adalah projek terbitan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk Dinamika Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Malaysia. Bersama ini disertakan kulit buku yang separa siap buat tatapan semua.

dinamika-terpilih.png

Book Pro Publishing Services Sudah Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

October 5, 2008

Saya masih belum terlewat bagi mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pelawat setia laman web PenerbitBuku.Com. Bersempena hari yang mulia, saya ingin menyusun sepuluh jari bagi pihak pengurusan syarikat memohon maaf di atas salah silap dalam perkhidmatan kami selama ini.

Di sini saya juga ingin mengumumkan satu berita gembira yang ingin dikongsikan dengan semua. Book Pro Publishing Services sudah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Alhamdulillah. Permohonan kami sudah diluluskan dan menunggu penjanaan sijil sahaja lagi.

Butiran lanjut mengenai pendaftaran tersebut adalah seperti berikut :

  • Nama Syarikat : Book Pro Publishing Services
  • No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 357-02118720

Pihak kami mengambil keputusan bagi mendaftarkan perkhidmatan kami dengan Kementerian Kewangan Malaysia selepas banyak permintaan dari pelbagai pihak mengenai keperluan tersebut.

Kepada mana-mana pihak yang ingin mengetahui lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi talian hotline kami di 1 700 80 2776 ataupun email kepada editorial@bookpro.my. Terima kasih