Apakah perbezaan di antara penerbit buku dan penyedia perkhidmatan penerbitan?

Rating: +0

Positive Negative

Penerbit buku adalah sebuah organisasi yang mempunyai kesemua kepakaran dan keperluan penerbitan. Mereka mempunyai barisan editor, artis grafik, eksekutif pemasaran hinggalah kepada pembangunan sumber manusia. Namun begitu kebanyakan penerbit tidak mempunyai syarikat pencetakan sendiri. Mereka menghantarkan buku separa siap mereka ke pencetak bagi tujuan percetakan dan penjilidan. Kesemua proses daripada suntingan, percetakan hinggalah kepada pengedaran adalah daripada dana mereka. Kesemua buku yang diterbitkan adalah mengikut spesifikasi dan jenama yang ditetapkan oleh mereka. Pengarang yang mengirimkan manuskrip kepada mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya kepada manuskrip mereka. Penentuan akhir pakej buku terletak di tangan penerbit kerana ia berdasarkan kaedah pemasaran mereka. Pengarang dibayar dalam bentuk royalti daripada 7 % hingga 15 % daripada harga atas buku. Selebihnya adalah hasil milik penerbit.

Penyedia perkhidmatan penerbitan mempunyai kesemua tenaga kerja sepertimana yang dipunyai oleh penerbit buku. Namun begitu mereka tidak menyediakan dana penerbitan. Dana adalah daripada pengarang ataupun penerbit yang menggunakan perkhidmatan mereka. Setiap satu perkhidmatan dikira mengikut kadar gerak kerja yang dilakukan. Pengarang dan penerbit yang menggunakan perkhidmatan penerbitan mempunyai kuasa sepenuhnya kepada manuskrip yang diterbitkan. Segala keuntungan adalah milik pengarang dan penerbit tersebut (kecuali penerbit perlu membayar royalti kepada pengarang asal).

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google