Berapakah kuantiti buku dicetak minimum cadangan Book Pro?
Pihak kami sentiasa mendapat permohonan percetakan yang pelbagai daripada satu naskhah hinggalah kepada 10,000 naskhah. Apapun jumlah percetakan yang diperlukan oleh Anda, pihak kami akan penuhinya. Walaubagaimanapun berdasarkan pengalaman dan pengamatan kami kepada sebut harga pencetak jumlah minimum yang kami cadangkan untuk semua adalah 1,000 naskhah. Ini adalah jumlah minima yang ekonomikal. Apabila pelanggan mencetak di bawah kuantiti ini harganya melambung tinggi.













