Saya ada menulis buku dalam bidang motivasi, sebagai seorang yang masih amatur dalam bidang ini, apakah langkah-langkah yang harus saya lakukan selepas siapnya buku saya nanti.?
Pihak Tuan mempunyai dua pilihan sama ada mahu menerbitkannya sendiri ataupun menerbitkannya dengan penerbit komersil. Dalam menerbitkan sendiri, pihak Book Pro dapat membantu Anda.
Bagi menerbitkan dengan penerbit komersil, pihak kami menyarankan Tuan memilih penerbit yang sesuai dengan genre Tuan. Penerbit itu perlulah penerbit yang sudah ada sejarah kejayaan dalam bidang Tuan. Penerbit yang menerbitkan buku motivasi dengan jaya antaranya adalah PTS Millennia Sdn Bhd dan Telaga Biru.













