Benarkah Orang Malaysia Tidak Membaca Buku?

June 8, 2008

Apabila bercakap mengenai dunia buku pelbagai tanggapan negatif dilontarkan oleh orang awam. Ramai yang mengatakan orang Malaysia tidak baca buku. Apabila begini bagaimana hendak menerbit buku dalam dunia buku yang tidak menggalakkan. Tambahan kepada keadaan yang kritikal ini, akhbar-akhbar, menteri-menteri kerajaan dan media memainkan lagu yang sama.

“Orang Malaysia hanya membaca 2 buku setahun.”

Kata-kata ini selalu dinyanyikan di majlis-majlis berkaitan buku, kritikan-kritikan wartawan, pertemuan-pertemuan dan sebagainya. Apabila begini ia tertanam dengan sedalam-dalamnya dalam benak para pengarang hingga ramai tidak mahu lagi berusaha menghasilkan karya berkualiti.

TUNGGU DAHULU! Jangan mudah percaya tanpa mengkritiknya terlebih dahulu. Benarkah apa yang dikatakan oleh mereka ini? Adakah benar orang Malaysia hanya membaca 2 buku satu tahun? Di manakah kajian ini dibuat?

Saya berada di dalam dunia dan industri buku sudah 8 tahun. Daripada saya menjejak kaki keluar daripada Universiti Malaya, memasuki syarikat penerbitan kecil hinggalah membesar bersamanya. Pelbagai seminar saya hadiri dan kendalikan, seminar anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, anjuran persatuan penerbit buku dan banyak lagi. Kesemua mereka ‘menyanyikan lagu’ yang sama setiap kali berseminar. Buku Melayu susah hendak jual, tidak laku dan sebagainya.

Apa yang ingin saya katakan adakah logik apabila perkara ini dicakapkan sejak sekian lama, dunia berubah, negara semakin maju, takkanlah tabiat tidak berubah?

Saya hendak membawa Tuan Puan melihat situasi-situasi ini.

Saya terlibat secara langsung dalam penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 2 tahun iaitu tahun 2007 dan 2008. Saya berfungsi sebagai setiusaha JK Publisiti & Promosi PBAKL bagi kedua-dua tahun. Catatan kehadiran pada tahun 2007 adalah 1.2 juta pengunjung berbanding hanya 500 ribu tahun sebelumnya. Catatan 2008 lebih mengagumkan, kita mencatatkan kehadiran 2.2 juta (angka tidak rasmi). Pelikkan apabila pernyataan mengenai dunia buku masih tidak berubah sedangkan angka-angka ini menunjukkan sebaliknya.

Kedai-kedai buku berantai bercambah umpama cendawan di waktu pagi. Setiap negeri menunjukkan perkembangan yang sama. Di Kelantan, salah sebuah negeri yang baru saya lawati mempunyai berpuluh kedai buku besar. Di Kota Bharu sahaja boleh lihat lebih daripada 10 buah kedai buku besar. MPH dan Popular Bookstores tidak perlu dinafikan lagi kehebatan mereka dalam dunia buku. Kedai buku Popular mensasarkan membuka 100 buah kedai seluruh Malaysia menjelang 2010. Adakah mungkin syarikat mahu melabur di dalam industri yang malap? Bagaimana orang kata pembaca Malaysia tidak baca buku? Mereka ini tidak buat kajiankah?

Cukup sekadar dua situasi ini untuk membuat Tuan Puan berfikir. Nanti kita sambung lagi dalam artikel seterusnya. Bagi mendapat tip-tip terbaru penulisan boleh ke laman web latihan saya di www.akademipenulis.com dan bagi yang ingin tahu bagaimana hendak jadi penerbit buku ataupun memerlukan khidmat penerbitan boleh ke www.penerbitbuku.com. Bagi yang ingin mendapatkan buku kegermaran dengan harga terbaik boleh lawati kedai buku online kami di www.e-kedai.net. Hingga bertemu lagi di artikel seterusnya.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengarah Urusan
Book Pro Group
Email : fauzul@bookpro.my
Laman Web : http://www.fauzulnaim.com
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

4 Responses to “Benarkah Orang Malaysia Tidak Membaca Buku?”

  1. Web Sutera on June 22nd, 2008 4:41 pm

    Kajian yang saudara sebutkan tidak tepat, malah agak tersasar. Masyarakat Malaysia dan Melayu khususnya sudah ramai yang membaca bahan-bahan ilmiah & buku-buku yang bermutu. Saya pernah membicarakan perihal ini dalam blog saya.

    Salam perkenalan.
    – Web Sutera
    http://pasalbuku.blogspot.com
    http://themakan.blogspot.com
    http://duniasutera.blogspot.com

  2. Ismail Saidin on June 24th, 2008 11:24 pm

    Saya amat tertarik dengan komen saudara. Saya pernah menerbit tiga buah buku pengajian tinggi dalam Bahasa Melayu.
    Saya sudah menyiapkan dua manuskrip lagi

    1. Dalam Dusun Melayu ( In the Malay Village Orchards)- Semuanya di penuhi dengan teks buah-buah Malaysia serta gambar warna
    2 Unsur-unsur tumbuhan dalam Pantun ( Spesies pokok yang disebut dalam Pantun
    3 In The Malaysian Gardens ( Pictorial Encyclopedia ) sedang menulis dan mengambil gambar.

    Saya sedang mencari penerbit yang boleh dipercayai dan menerbitkan buku saya. Saya bimbang karya di ciplak oleh penerbit dan pencetak. Mudah saja dilakukan. Penerbit dan pencetak akan print lebih banyak naskhah daripada yang dikontrakkan. Buku saya diterbitkan oleh Penerbit Univeriti…. hanya 1000 naskhah dikatakan tak laku, belum habis terjual setelah lebih enam tanun. Tetapi buku ini dijual di merata-rata.
    Sekarang ini dikatakan pula ahli akademik dan professional tak mahu menulis.
    Saya ialah seorang botanist, lulus Jerman kini pesara. Saya ingin menerbitkan kan lebih banyak buku dan juga ingin menerbit majlah tentang hortikutur,pertanian dan alam sekitar dan mencari sponsor
    Saya amat setuju dengan post saudara. Kontek saya HP 012 3333033 -Ismail Saidin

  3. Fauzul Naim Ishak on July 2nd, 2008 3:40 pm

    Terima kasih Tuan Web Sutera kerana mengiyakan dan menyokong saya dalam hal ini. Memang kajian itu tidak tepat sebab memang tak pernah dibuat kajian menyeluruh.

    Kita sudah berubah tapi kerajaan tidak mahu berubah dalam sokongan kepada dunia buku ini

  4. Fauzul Naim Ishak on July 2nd, 2008 3:43 pm

    Tuan Ismail Saidin,

    Isu penerbit dan pencetak mencetak lebih dari sepatutnya adalah cerita yang selalu saya dengar. Walaubagaimanapun tidak semua penerbit yang berbuat sedemikian. Ada yang jujur dalam bisnes mereka. Ini boleh dikenalpasti dengan kecemerlangan mereka dalam penerbitan buku sekarang. Saya yakin dan percaya bahawa apabila berbuat perkara yang baik dan jujuru Tuhan akan tolong kita.

    Mengenai penerbit mana yang boleh dicadangkan, saya berpandangan boleh dibincangkan melalui email. Tuan boleh email kepada saya di fauzul@bookpro.my bagi perbincangan lanjut.

Got something to say?