Book Pro Publishing Services Sudah Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia
October 5, 2008
Saya masih belum terlewat bagi mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pelawat setia laman web PenerbitBuku.Com. Bersempena hari yang mulia, saya ingin menyusun sepuluh jari bagi pihak pengurusan syarikat memohon maaf di atas salah silap dalam perkhidmatan kami selama ini.
Di sini saya juga ingin mengumumkan satu berita gembira yang ingin dikongsikan dengan semua. Book Pro Publishing Services sudah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Alhamdulillah. Permohonan kami sudah diluluskan dan menunggu penjanaan sijil sahaja lagi.
Butiran lanjut mengenai pendaftaran tersebut adalah seperti berikut :
- Nama Syarikat : Book Pro Publishing Services
- No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 357-02118720
Pihak kami mengambil keputusan bagi mendaftarkan perkhidmatan kami dengan Kementerian Kewangan Malaysia selepas banyak permintaan dari pelbagai pihak mengenai keperluan tersebut.
Kepada mana-mana pihak yang ingin mengetahui lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi talian hotline kami di 1 700 80 2776 ataupun email kepada editorial@bookpro.my. Terima kasih
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengarah Urusan
Book Pro Group
Email : fauzul@bookpro.my
Laman Web : http://www.fauzulnaim.com
Artikel Lain Dalam Kategori Mesej Pengarah Urusan
- Apa Projek Terbaru? - September 7th, 2008
- Book Pro Menaja Pembangunan Laman Web Pesta Buku Selangor 2008 - July 2nd, 2008
- Benarkah Orang Malaysia Tidak Membaca Buku? - June 8th, 2008
- Laman Book Pro Dengan Wajah & Penjenamaan Semula - June 5th, 2008
- Projek Terkini : Buku Wasiat & Hibah - November 24th, 2007
Comments
Got something to say?









