Buku Siap : Ulum Al-Hadith

October 10, 2008

Alhamdulillah hari ini saya sudah menerima naskhah buku Ulum Al-Hadith yang siap dicetak. Buku terbitan syarikat Warisan Nabawi Enterprise ini adalah salah satu projek buku terbaru di bawah perkhidmatan penerbitan Book Pro.

ulumhadith5.jpg

Buku ini adalah karangan Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman. Sedikit blurb belakang buat tatapan semua.

Buku ini menerangkan kedudukan sebenar tata letak sunnah Muhammad s.a.w. di dalam syariat Islam. Ia mampu menangkis fahaman anti hadith dan mengekalkan status quo sunnah Rasul s.a.w. sebagai sumber yang mendasari syariat dan hukum Islam.

Tulisan yang membahaskan ilmu-ilmu berkaitan sains hadith atau ulum al-hadith. Bagi memurnikan khilaf yang wujud berkaitan ilmu hadith, buku ini dapat memperincikan perbahasan yang dibawa oleh para ulama’ silam dan sekarang. Penelitian yang tuntas dan sederhana memberi gambaran yang jelas kepada sesiapa yang membelek setiap halaman buku ini.

Buku ini juga mampu memberi maklumat awal tentang gambaran sebenar ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasul s.a.w. yang disusun atur oleh para ulama’ silam dan semasa. Disenaraikan bersama contoh-contoh yang mudah difahami di samping huraian yang jelas dan terang sebagai mana yang digariskan oleh ulama’ hadith.

Boleh menjadi rujukan sama ada di peringkat menengah, pengajian tinggi hatta masyarakat awam sekalipun. Sesuai menjadi buku panduan untuk pelajaran yang berkaitan hadith, tafsir, fiqh dan sebagainya.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengarah Urusan
Book Pro Group
Email : fauzul@bookpro.my
Laman Web : http://www.fauzulnaim.com
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

Got something to say?