Cara Menulis Yang Baik Adalah Dengan Keluar Daripada ‘Mode Penulis’
January 6, 2008
Dipetik daripada Akademi Penulis Karya Bestseller
Tentu ramai yang pelik apabila membaca tajuk entri ini. Cara menulis yang baik adalah dengan keluar daripada ‘mode penulis’. Apabila kita bercerita dengan sahabat semasa bersarapan ataupun masa lapang, pelbagai topik yang dibincangkan. Ada topik serius, ada humor dan ada sedih. Kesemuanya itu diceritakan dalam bentuk kata-kata yang kita saling memahami. Apabila sedih kita boleh menangis, apabila lucu kita boleh ketawa dan apabila seram kita berasa takut.
Namun begitu apabila kita menulis, segala apa yang kita berjaya sampaikan sewaktu kita berbicara ataupun bercerita dengan sahabat kita tadi tidak sepertinya. Mengapa? Ini bezanya apabila kita cuba menggunakan ‘mode penulis’ dalam penulisan kita. Habis itu bagaimana? Kita perlu guna ‘mode pencerita’. Kita tulis karya sepertimana kita bercerita dengan sahabat kita tadi. Penuh perasaan, penuh emosi dan penuh dramatik. Apabila pembaca membaca karya sebegini, dia berasa dirinya dekat dengan kita dan tentunya mereka baca berterusan seperti mendengar sahabatnya bercerita.
Anda bagaimana? Mari jadikan diri pencerita yang baik.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengarah Urusan
Book Pro Group
Email : fauzul@bookpro.my
Laman Web : http://www.fauzulnaim.com
Artikel Lain Dalam Kategori Penerbitan & Penulisan
- Benarkah Orang Malaysia Tidak Membaca Buku? - June 8th, 2008
- Idea Baru Mencari Duit Dalam Krisis Harga Minyak - June 5th, 2008
- Merancang Penulisan Teknik Fadzli Yusof - January 6th, 2008
- Pengarang Bestseller Mempunyai USP Tersendiri - January 6th, 2008
- Terbit Sendiri VS Penerbitan Komersil - October 7th, 2007
Comments
2 Responses to “Cara Menulis Yang Baik Adalah Dengan Keluar Daripada ‘Mode Penulis’”
Got something to say?










assalamualaikum,
syabas dan terima kasih memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia cara yang sebegini.Saya telah berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun dan mengapa tidak saya menulis sebuah buku untuk kepuasan diri saya sekurang-kurangnya.Rugi rasanya pengalaman yang saya ada walau pun sedikit tidak dimanafaatkan langsung.Banyak saya tengok orang-orang yang banyak pengalaman mati begitu sahaja.Diharap pihak tuan dapat membantu.
InsyaAllah pihak kami akan memberikan bantuan terbaik buat Tuan, apa-apa perkara boleh ditanya terus melalui ruang diskusi ataupun emailkan kepada fauzul@bookpro.my ataupun hubungi talian 0166611834. Terima kasih di atas sokongan Tuan.