Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (Syarikat Induk Book Pro Publishing Services) Mendapat Ketua Pegawai Eksekutif Baru

Pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 April 2010 pengurusan tertinggi FNSB akan diuruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru iaitu Puan Nurulhilyati Binti Abdul Halim.

Puan Nurulhilyati Binti Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FNSB yang baru

Sedikit latar belakang beliau, Puan Nurulhilyati adalah bekas Pengarah Akademi Latihan Penerbitan PTS. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan pada tahun 2002 sebagai Editor di PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS P&D). Beliau adalah editor pertama di PTS P&D dan mendapat latihan secara langsung daripada Puan Ainon Mohd., Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS. Kemudian beliau dilantik sebagai editor pengurusan di PTS Professional Publishing Services selepas penstrukturan baru Kumpulan PTS pada tahun 2005.

Pada tahun 2009, Akademi Latihan Penerbitan PTS diwujudkan oleh pihak pengurusan PTS bagi menjalankan program latihan dalaman Kumpulan PTS. Puan Nurulhilyati dilantik sebagai Pengarah Akademi Latihan Penerbitan PTS yang pertama. Pada 1 April 2010, beliau secara rasmi dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FNSB. Beliau masih menjadi perunding luar editorial Kumpulan PTS.

Selamat datang kepada Puan Nurulhilyati, selamat maju jaya

About Fauzul Naim Ishak
Fauzul Na'im Ishak adalah pengasas Fauzul Na'im Sdn. Bhd. yang menjadi syarikat induk Book Pro Publishing Services. Berkecimpung dalam industri penerbitan sejak 10 tahun lepas. Berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan kepada lebih daripada 1,000 orang penulis seluruh Malaysia dan nusantara.

Speak Your Mind

*