Buku Siap : Ulum Al-Hadith

October 10, 2008

Alhamdulillah hari ini saya sudah menerima naskhah buku Ulum Al-Hadith yang siap dicetak. Buku terbitan syarikat Warisan Nabawi Enterprise ini adalah salah satu projek buku terbaru di bawah perkhidmatan penerbitan Book Pro.

ulumhadith5.jpg

Buku ini adalah karangan Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman. Sedikit blurb belakang buat tatapan semua.

Buku ini menerangkan kedudukan sebenar tata letak sunnah Muhammad s.a.w. di dalam syariat Islam. Ia mampu menangkis fahaman anti hadith dan mengekalkan status quo sunnah Rasul s.a.w. sebagai sumber yang mendasari syariat dan hukum Islam.

Tulisan yang membahaskan ilmu-ilmu berkaitan sains hadith atau ulum al-hadith. Bagi memurnikan khilaf yang wujud berkaitan ilmu hadith, buku ini dapat memperincikan perbahasan yang dibawa oleh para ulama’ silam dan sekarang. Penelitian yang tuntas dan sederhana memberi gambaran yang jelas kepada sesiapa yang membelek setiap halaman buku ini.

Buku ini juga mampu memberi maklumat awal tentang gambaran sebenar ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasul s.a.w. yang disusun atur oleh para ulama’ silam dan semasa. Disenaraikan bersama contoh-contoh yang mudah difahami di samping huraian yang jelas dan terang sebagai mana yang digariskan oleh ulama’ hadith.

Boleh menjadi rujukan sama ada di peringkat menengah, pengajian tinggi hatta masyarakat awam sekalipun. Sesuai menjadi buku panduan untuk pelajaran yang berkaitan hadith, tafsir, fiqh dan sebagainya.

Projek Terbaru : Susun Atur Huruf TAXI terbitan ZI Publications Sdn Bhd

October 10, 2008

taxi.jpg

Projek susun atur huruf (layout) yang baru selesai adalah buku TAXI terbitan ZI Publications Sdn Bhd. Buku ini adalah satu catatan peribadi yang menjadi bestseller di timur tengah.

Saya ambil sedikit sinopsis yang dipetik daripada laman ZI Publications

TAXI brings together 58 fictional dialogues with Cairo cabbies recreated from the author’s own experience of traversing the city. It takes the reader on a roller-coaster of emotions as bumpy and noisy as the city’s potholed and chaotic streets.

Described as an urban sociology, an ethnography, a classic of oral history - and a work of poetry in motion - TAXI tells Herculean tales of the struggle for survival and dignity among Cairo’s 80,000 cab drivers. It is a wing-mirror that reflects both on modern Egypt and on the human condition, plucking from the rush-hour sandstorm a feast of memories, lies, loves, hates and dreams.

TAXI was an instant bestseller in Arabic markets and has been credited with reviving an interest in reading in Egypt. This unique work explores the poignant self-reflections of members of a caste who have little in common apart from their trade.

Ia sudah boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran.

Projek Terbaru : Dinamika Sosial, Pembangunan & Persekitaran Di Malaysia

October 10, 2008

Selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin bagi pihak pengurusan Book Pro Group jika ada salah silap kami sepanjang mengendalikan projek di bawah kendalian kami. Alhamdulillah rezeki Book Pro Group semakin baik. Banyak juga projek yang sedang berjalan. Ada yang sudah siap dan baru keluar dari pencetak semalam.

Projek terbaru Book Pro adalah projek terbitan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk Dinamika Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Malaysia. Bersama ini disertakan kulit buku yang separa siap buat tatapan semua.

dinamika-terpilih.png

Projek Terbaru : Pengantar Ilmu Hadis

September 8, 2008

Pihak Book Pro dalam proses menyiapkan projek buku milik Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman dari Universiti Malaya. Projek buku beliau adalah Pengantar Ilmu Hadis.

Ini adalah kulit buku Pengantar Ilmu Hadis yang sudah dimuktamadkan.

ulumhadithfinal.jpg

Buku Pasti Skor A! Penulisan Bahasa Malaysia UPSR Siap Dicetak

July 24, 2008

Alhamdulillah, buku Pasti Skor A! Penulisan Bahasa Malaysia UPSR sudah siap dicetak. Semalam saya ke pencetak dan mereka memaklumkan berita gembira ini. Ia siap dicetak dalam tempoh 5 hari sahaja. Ini satu rekod baru pencapaian Book Pro. Segala bahan dihantar pada 18 Julai 2008 dan pada 23 Julai 2008 sudah siap tercetak. InsyaAllah buku ini akan sampai ke tangan pelanggan pada petang ini. Di bawah dikongsikan buku yang sudah siap tercetak buat para pelawat.

skorsiap.jpg

Projek Terbaru : Susun Atur Huruf Buku RESET Terbitan ZI Publications Sdn Bhd

July 10, 2008

cover_reset.jpg

Pihak Book Pro baru saja selesai menyusun atur huruf buku bertajuk RESET : Rethinking the Malaysian Political Paradigm terbitan ZI Publications Sdn Bhd. Segala proses susun atur huruf, pruf, suntingan ringkas dan indeks bagi buku ini disediakan oleh artis layout Book Pro. Satu pengalaman menarik membuat gerak kerja buku berfalsafah tinggi dalam bahasa Inggeris. Bersama ini saya kongsikan kulit buku RESET : Rethinking the Malaysian Political Paradigm buat tatapan semua. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ZI Publications Sdn Bhd (Sila klik di sini).

RESET sudah berada dalam proses cetakan dan dijangka akan menemui para pembaca pada penghujung bulan Julai 2008. Nantikan buku terbaru ZI Publications Sdn Bhd

Projek Terbaru : Buku Pasti Skor A! Penulisan Bahasa Melayu UPSR

July 10, 2008

Pihak Book Pro dalam proses menyiapkan buku PASTI SKOR A! Penulisan Bahasa Melayu UPSR tulisan Cikgu Razman Samaon. Buku ini mengandungi pelbagai tip praktikal penulisan bahasa Melayu terkini. Sasaran masuk cetakan pada minggu hadapan.

Bersama ini saya kongsikan kulit bukunya buat tatapan semua. Saya merasakan kulit buku ini cukup menarik dan bercitarasa remaja.

kulitbukuskora.jpg

Book Pro Menaja Pembangunan Laman Web Pesta Buku Selangor 2008

July 2, 2008

Pada tahun ini, pihak Book Pro dengan sukacitanya menaja pembangunan laman web Pesta Buku Selangor 2008 bagi menggalakkan penyebaran bahan ilmu di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

lamanwebpestabukuselangor.jpg

Pihak Book Pro menaja pembinaan laman web, domain dan tapak pelayan bagi Pesta Buku Selangor 2008. Semoga dengan penajaan ini lebih banyak manfaat diberikan kepada masyarakat.

Projek Terbaru : Terjemahan Buku Antarabangsa Daripada Penerbit Komersil

May 27, 2008

Pihak Book Pro dalam proses menterjemah beberapa buku mengenai dunia Islam. Ada 3 buku yang dalam proses terjemahan dan bakal siap pada Julai 2008. Namun begitu pihak pelanggan tidak membenarkan pihak Book Pro mendedahkan tajuk projek sehingga ia siap diterbitkan di dalam pasaran.

Apa yang boleh dikongsikan ketiga-tiga buku ini adalah buku yang agak kontroversi bercerita mengenai Islam daripada pandangan baru dan moden. Ia bercerita mengenai Islam secara menyeluruh daripada isu politik, harakah Islamiyyah dan banyak lagi.

Nantikan kemunculannya dan apabila ia sudah terbit dalam pasaran pihak Book Pro akan dedahkan buku-buku tersebut dan siapakah penerbitnya. Nantikan.

Projek Terbaru Siri Kompilasi Hadith Muamalah : Wasiat, Hibah, Mudarabah & Al-Syarikah

February 13, 2008

Alhamdulillah, pihak Book Pro dalam proses menyiapkan satu lagi projek buku di bawah Siri Kompilasi Hadith Muamalah yang bertajuk Wasiat, Hibah, Mudarabah & Al-Syarikah. Buku ini sudah 70% siap dan InsyaAllah dalam minggu ini masuk ke pencetak. Ini adalah kulit buku projek buku ini.

kompilasihadithwasiatmudarabahalsyarikah.jpg

Next Page »