Projek Penanda Buku Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
February 5, 2008
Alhamdulillah, pihak Book Pro Publishing Services diberikan kepercayaan mengendalikan projek reka bentuk dan cetakan penanda buku bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL ‘08). PBAKL ‘08 bakal diadakan pada 4 hingga 13 hb April 2008. Pihak Book Pro diberikan tanggungjawab mereka bentuk dua reka bentuk bagi penanda buku PBAKL ‘08. Sejumlah 1 juta keping penanda buku tersebut (500 ribu setiap satu reka bentuk) dalam proses cetakan. Bersama ini disertakan reka bentuk penanda buku yang dibuat oleh pihak Book Pro.
Projek Buku Mudarabah & Al-Syarikah Siap Dicetak
January 12, 2008
Alhamdulillah! Semalam buku Mudarabah & Al-Syarikah terbitan Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Book Pro Publishing Services siap dicetak. Buku ketiga dan keempat di bawah siri buku Analisa Hadith Muamalah ini siap 4 hari lebih awal daripada tarikh sasaran. Ini satu kejayaan yang cukup membanggakan.
Percayakah Anda Bahawa Ini Bukan Buku Yang Sebenar?
December 18, 2007
Bagi yang melihat gambar di atas tentu ramai orang mengatakan ia adalah buku yang sudah siap. Sebenarnya tidak. Ia hanyalah naskhah pruf olok-olok yang disediakan oleh Book Pro Publishing Services kepada semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami. Ia dibuat bagi memudahkan para pelanggan Book Pro membuat kawalan kualiti kepada naskhah buku mereka. Ini juga adalah piagam pelanggan Book Pro iaitu menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan piawaian antarabangsa.
Naskhah contoh olok-olok ini disediakan sebelum peringkat pruf akhir editor. Para pelanggan diberikan naskhah ini untuk membuat pemeriksaan terakhir. Para pelanggan dikehendaki menandakan sebarang kesalahan yang wujud dengan pen merah dan diserahkan kembali naskhah tersebut kepada pihak Book Pro. Para editor Book Pro akan membuat pembetulan dan kemudian menyiapkan fail PDF untuk tujuan pemisahan warna (filem).
Jadi bagi para pelanggan dan bakal pelanggan kami, inilah keistimewaan yang diberikan kepada Anda. Apa tunggu lagi, jadilah sebahagian daripada keistimewaan ini.
Kini, semua boleh terbit buku!
![]()
Nota :
Gambar di atas adalah gambar naskhah contoh olok-olok bagi Mudarabah dan Al-Syarikah.
Projek Terbaru : Mudarabah & Al-Syarikah
December 15, 2007
Ini adalah projek terbaru Book Pro Publishing Services dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 2 buku di bawah siri analisis hadith muamalah. Buku bertajuk Mudarabah & Al-Syarikah. Di sini disertakan kulit buku kedua-duanya. Jangkaan terbit Januari 2008.
Buku Wasiat & Hibah Siap 3 Disember 2007
December 5, 2007
Alhamdulillah projek sulong Book Pro bersama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya siap 3 hari lebih awal. Ia siap pada 3 Disember 2007 berbanding tarikh sasaran 6 Disember 2007. Satu kejayaan kepada pasukan Book Pro. Tahniah. Bersama ini disertakan gambar buku yang sudah siap buat tontonan semua.
Projek Terkini : Buku Wasiat & Hibah
November 24, 2007
Alhamdulillah pihak BookPro baru selesai menyiapkan buku terbitan Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Buku yang bertajuk Wasiat & Hibah ini bakal berada di dalam pasaran pada minggu pertama bulan Disember 2007. Buku ini adalah projek pertama di bawah kerjasama di antara Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan BookPro. InsyaAllah selepas ini ada dua lagi projek yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat. Di sini saya kongsikan kulit buku tersebut buat tatapan semua.



