PenerbitBuku.Com : Kini, Semua Mampu Terbit Buku! adalah sebuah laman web penyediaan perkhidmatan penerbitan paling lengkap di Malaysia. Ia dibina oleh syarikat Book Pro Group yang terdiri daripada Book Pro Publishing Services, Book Pro Sales & Distributors dan B Pro Management & Training.

Sejarah penubuhan Book Pro Group bermula seawal tahun 2002. Bermula daripada penubuhan MIFF Edar, sebuah syarikat berasaskan keluarga di Bentong, Pahang. Inisiatif ini dimulakan oleh En. Fauzul Na’im Ishak dengan persetujuan sebulat suara oleh semua ahli keluarganya. Tuan Haji Ishak Haji Ibrahim menjadi Pengarah Urusan MIFF Edar dengan dibantu oleh isteri, Puan Hajjah Madakhiah Ismail dan anaknya En. Fauzul Na’im Ishak yang bertindak sebagai Pengarah Eksekutif.
Pada mulanya MIFF Edar hanya mengedarkan buku-buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pada tahun 2004, En. Fauzul Na’im memulakan projek pembinaan laman web e-Kedai.net. Idea pembinaan laman web berasaskan kedai online ini adalah bagi mewujudkan satu kedai buku online ala-ala ‘Amazon.Com’. Ia dibina dengan kerjasama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan IT, Mercumaya. Atas sebab-sebab tertentu laman web tersebut dorman sekejap.
Namun begitu menjelang tahun 2005 ia mula aktif kembali dengan pertambahan lebih banyak produk buku selain daripada produk terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Gerak kerja menaik taraf laman web tersebut dibuat secara drastik pada tahun 2007 dengan bantuan sebuah lagi syarikat perkhidmatan IT, Xisnet. Ini laman web yang para pelanggan boleh lihat sekarang di www.e-kedai.net. Sekarang lebih banyak buku yang ditambah di dalam senarai produknya. Daripada buku terbitan Kumpulan PTS sehingga kepada Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd dan Alaf 21 Sdn Bhd. e-Kedai.net juga menduduki tangga teratas bagi beberapa kata carian penting dunia buku dalam enjin carian Google dan Yahoo.
Pada tahun 2006, En. Fauzul bersama isteri beliau, Puan Nurulhilyati Abdul Halim menubuhkan Book Pro Publishing Services (Book Pro). Book Pro ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan penerbitan kepada para penulis persendirian, penerbit komersil, penerbit persendirian, organisasi kerajaan, bukan kerajaan, IPTA dan IPTA. Ia berdasarkan pemerhatian kepada senario semasa yang memerlukan wujudnya syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.
Pengalaman melebihi 7 tahun dalam bidang penerbitan bersama dengan Kumpulan PTS menjadikan kedua-dua suami isteri ini cukup masak mengenai bidang penerbitan dan editorial buku. Projek pertama mereka adalah buku Wasiat & Hibah terbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2007) dan diikuti dengan beberapa buku lain.
Pada 2008 adalah titik perubahan besar dalam struktur organisasi dan penjenamaan syarikat keluarga ini. MIFF Edar dimansuhkan fungsinya dan ditubuhkan Book Pro Sales & Distributors. Ia bagi memudahkan para pelanggan mengenali dengan lebih dekat jenama BOOK PRO.
Di samping itu juga, En. Fauzul Na’im seringkali dijemput bagi memberikan ceramah, mengendalikan seminar dan bengkel penulisan, penerbitan dan pembangunan diri seluruh Malaysia. Di atas sebab itu, beliau mengambil keputusan menubuhkan B Pro Management & Training yang mengendalikan secara khusus program pembangunan penulis, pembangunan penerbitan dan pembangunan diri. Di samping itu juga, inisiatif En. Fauzul, mewujudkan pasukan MQ TV bagi berkongsi maklumat dalam bentuk web TV. Buat sementara waktu ia beroperasi melalui saluran YouTube di www.youtube.com/tvmq. InsyaAllah, perancangan masa depan MQ TV ini bagi mempunyai pelayan khas untuk video streaming untuk manfaat semua.
Hasil gabungan ketiga-tiga syarikat ini, maka tertubuhlah Book Pro Group hingga sekarang.
Book Pro Publishing Services pada tahun 2008 sudah didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan dengan No. Pendaftaran MOF : 357-02118720.
Ia didaftarkan atas kod-kod berikut :
*logo Book Pro adalah hasil ciptaan Saudara Wan Zuhairi Wan Zainuddin