Lembaga Pengarah

Pengerusi

ishak.jpgTuan Haji Ishak Haji Ibrahim
No. Telefon Bimbit : (+6) 019 313 4384
Email : ishak@bookpro.my

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pertanian Dengan Kepujian dan Sarjana Pertanian daripada Universiti Of Tennessee, Knoxville, Amerika Syarikat. Memulakan perkhidmatan 1971 di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai Pembantu Pertanian. Pada tahun 1975 berpindah ke Jabatan Pertanian, Titi Gantong, Perak.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1978. Pulangnya dari sana, beliau menjawat Penolong Pegawai Pertanian di Kuantan, Pahang. Kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian (1982) di Manjong, Perak. Beliau memegang jawatan tersebut di beberapa tempat antaranya di Perak (Teluk Intan), Kedah (Alor Setar), Kelantan (Kota Bharu) dan Perak (Titi Gantong). Jawatan akhir beliau adalah Penolong Pengarah Pertanian sebelum bersara pada tahun 2003.

Pengarah Urusan

fauzul.jpg En. Fauzul Na’im Ishak
No. Telefon Bimbit : (+6) 012 380 4555
Email : fauzul@bookpro.my
Laman Web : www.fauzulnaim.com

Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000. Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaya. Beliau di’jemput’ masuk oleh Puan Ainon Mohd. bagi menyertai ahli keluarga syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS P&D pada ketika itu berada di dalam tahun pertama operasinya. Keadaan syarikat yang masih baru dengan pelbagai kesukaran yang berlaku menjadikan Fauzul mempelajari pelbagai perkara dan selok belok penerbitan buku.

Beliau bermula dengan jawatan sebagai Editor Perolehan yang bertanggungjawab membina judul buku dan membangunkan senarai penulis buat PTS P&D. Kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan di mana beliau berjaya membina rangkaian penulis bermula di sebelah utara semenanjung Malaysia. Kawasan utama yang dijelajahinya adalah Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Pelbagai program pembangunan penulis dibuat di sana termasuklah bengkel penulisan, pertemuan kumpulan penulis dan one to one dengan penulis.

Modul pembangunan penulis mula dibina hasil garapan idea Puan Ainon Mohd dan beliau. Modul latihan tersebut dibangun dan dikembangkan serta digunakan hingga sekarang. Daripada usaha itu, pelbagai tajuk diperoleh dan PTS P&D mula mengorak langkah sebagai penerbit yang dikenali di IPTA utara.

Di samping itu juga beliau memangku jawatan sebagai eksekutif jualan dan pemasaran wilayah utara disebabkan kekurangan kakitangan di PTS P&D. Hasil daripada itu Fauzul mendalami segala selok belok jualan dan pemasaran buku. Beliau mempunyai pengalaman pahit manis sepanjang mengendalikan jualan di sana. Terutamanya sebab PTS P&D masih baru.

Hasil usaha padu daripada semua ahli keluarga PTS P&D, syarikat berkembang pesat dan pada tahun 2002, Fauzul dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Penerbitan PTS P&D. Bermula daripada saat itu beliau mula membina sistem editorial PTS P&D. Pembinaan dan pengaplikasian Standard of Operating Procedur (SOP) menjadi asas kepada sistem editorial tersebut. Ia bertujuan memastikan kelancaran pengurusan penerbitan buku daripada terima manuskrip hinggalah buku siap masuk ke dalam stor. Sistem tersebut dibina dan dikembangkan daripada tahun ke tahun hinggalah menjadi sistem standard Kumpulan Syarikat PTS sekarang ini.

Pada tahun 2005, PTS Consultant Sdn Bhd syarikat induk PTS P&D selepas lawatan En. Fauzul dan En. Arief ke Indonesian Book Fair, Jakarta membuat keputusan merombak struktur syarikat. Fungsi penerbitan PTS P&D dikeluarkan dan hanya mengekalkan fungsi pengedaran buku sahaja. Fungsi tersebut diserahkan kepada 3 anak syarikat yang baru ditubuhkan iaitu PTS Millennia Sdn Bhd, PTS Professional Publishing Sdn Bhd dan PTS One Sdn Bhd. En Fauzul diberikan tanggungjawab sebagai pengarah eksekutif dan pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd hingga sekarang.

Hasil daripada pengalaman selama hampir 7 tahun ini, beliau berjaya melahir dan membina pelbagai judul buku daripada pelbagai latar belakang penulis. Daripada latar belakang akademik hinggalah kepada popular. Daripada kurang terkenal kepada yang terkenal. Antara penulis besar yang berkarya di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zawawi Mat Yusoh, Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr. Robiah K. Hamzah. Judul-judul bestseller di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah 55 Petua Orang Berjaya, Tip Menjadi Individu Menarik, 7 Formula Individu Cemerlang dan banyak lagi.

Beliau juga sering dijemput memberikan bengkel di institusi pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara badan yang pernah menjemput beliau mengendalikan bengkel penulisan adalah :

  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Universiti Sains Malaysia Kejuruteraan Transkrian
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
  • Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian, Kelantan
  • Maktab Perguruan Bukit Mertajam
  • Kolej IKRAM
  • Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
  • Angkatan Belia Islam Malaysia
  • Persatuan Penulis Kelantan

dan banyak lagi

Beliau juga adalah jurulatih dan pengarah Akademi Penulis Karya Bestseller (http://www.akademipenulis.com), sebuah akademi maya yang memberikan khidmat nasihat dan tip penulisan buku terkini.

Pengarah Kewangan

nurul.jpg Pn. Nurulhilyati Abdul Halim
No. Telefon Bimbit : (+6) 016 6611 834
Email : nurul@bookpro.my

Nurulhilyati Abdul Halim dilahirkan pada 1 Ogos 1979 di Bukit Apeng, Kedah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah Bujang, Bedong, Kedah dari tahun 1986-1991. Melanjutkan pelajaran menegah di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah sehingga tingkatan 3.

Dengan berbekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, beliau ditawarkan menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan. Pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Persatuan Puteri Islam dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya. Bergiat aktif dalam Kelab Kembara Sekolah dan juga mewakili sekolah dalam bidang sukan dan olahraga.

Ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi (program ekspres) dalam bidang Sains kimia dan biologi. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Gunaan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2002. Bergiat aktif dalam Kelab Remaja JIM (KARISMA), PKPIM dan Persatuan Silat Cekak Malaysia.

Memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan bersama PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. sebagai editor pada April 2002. Mendapat latihan suntingan secara langsung daripada Puan Ainon Mohd. iaitu pakar dalam komunikasi dan bahasa. Turut mengadakan training bagi melatih editor-editor baru di PTS.

Pada penghujung tahun 2003, diberi tanggungjawab sebagai koordinator editorial bagi memantau hal ehwal gerak kerja editor. Mula menjadi Editor Pengurusan di PTS Professional Publishing S/B pada tahun 2005 hingga kini. Turut serta membantu team PTS mengendalikan bengkel-bengkel penulisan di seluruh negara.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google