Visi dan Misi
Pada mulanya perkhidmatan ini dimulakan sebagai servis separuh masa kepada satu bantuan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Ia berlaku selepas melihat ramai penerbit persendirian yang menerbitkan buku mereka dengan kualiti mengecewakan. Mereka tidak mengikut standard penerbitan yang diiktiraf di Malaysia. Di samping itu juga kualiti persembahan, susun atur huruf dan cara suntingan amat mengecewakan. Kesan daripada ini, buku terbitan mereka kelihatan seperti buku-buku picisan walaupun sebenarnya isi yang ingin disampaikan amat baik. Menambah kepada itu, para pencetak dan penyedia perkhidmatan memberikan sebut harga yang amat tinggi dan dalam kata lain mereka ini di’tipu’ oleh para penyedia perkhidmatan tersebut.
Atas beberapa sebab di atas inilah Book Pro muncul bagi memastikan segala perkara yang dihadapi oleh para penerbit persendirian ini tidak berulang lagi. Kemasukan para pakar dalam bidang suntingan, terjemahan, susun atur huruf dan percetakan ke dalam pasukan Book Pro menjadikan kami adalah pusat sehenti terbaik bagi sesiapa yang ingin menerbitkan buku.
Visi
Ke arah mewujudkan masyarakat mesra buku dengan memarakkan lagi industri penerbitan. Memastikan semua penerbitan buku daripada para penerbit komersil mahupun persendirian mempunyai kualiti pada tahap standard nasional dan antarabangsa.
Misi
- Menyediakan perkhidmatan penerbitan paling lengkap, efektif, efisian dengan kualiti mengikut piawaian antarabangsa
- Menyediakan ruang penghasilan lebih banyak buku berkualiti tanpa karenah birokrasi penerbitan komersil
- Menyediakan perkhidmatan dengan kadar terbaik dengan tidak menafikan faktor kualiti
- Menyediakan ruang dan platform pengedaran buku nasional dan global













