Perkhidmatan Paling Lengkap

Perkhidmatan Kami

Book Pro Publishing Services (001641011-K) (Book Pro) terdiri daripada tenaga kerja yang terlatih dalam bidang editorial dan penerbitan buku. Masing-masing mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang berkaitan. Di Book Pro jaminan kualiti adalah perkara paling wajib dalam perkhidmatan kami. Segala proses gerak kerja yang dijalankan dilihat secara teliti dan profesional bagi memastikan produk yang terhasil adalah memenuhi kualiti piawaian penerbitan antarabangsa.

Tenaga kerja di Book Pro adalah terlatih dalam subjek masing-masing. Penggunaan perisian terkini dan kepakaran terlatih menjadikan karya anda berada dalam ‘tangan’ yang betul. Book Pro menguruskan penyusunan, koordinasi dan keseluruhan aspek penghasilan buku daripada manuskrip mentah hinggalah kepada cetakan, hingga ke bentuk PDF atau eBook bagi jualan melalui internet. Pihak Book Pro juga bekerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya pengedar dan pekedai online bagi memastikan buku Anda sampai ke pasaran global.

Para pelanggan Book Pro meliputi orang perseorangan, penerbit persendirian, penerbit komersial, organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta.

Book Pro memfokuskan kepada penerbitan bahan-bahan berikut :

  • Laporan penyelidikan
  • Buku teks akademik
  • monograf
  • Jurnal
  • Penerbitan buku-buku pendidikan, latihan dan teknikal
  • Prosiding seminar
  • Novel
  • Bahan-bahan terbitan sendiri

Pengalaman bertahun-tahun tenaga kerja Book Pro dalam bidang penerbitan membolehkan pihak kami menawarkan khidmat nasihat produksi dan komersial kepada organisasi yang masih baru ataupun terbitan berkala.

Kami di Book Pro bekerja berdasarkan panduan dan penerangan Anda. Walaupun kami menguruskan kesemua gerak kerja tetapi Anda masih mengawal perjalanan keseluruhan projek.

Book Pro menyediakan semua jenis perkhidmatan penerbitan yang anda kehendaki. Perkhidmatan kami daripada pembinaan tajuk, pembuatan manuskrip, melalui proses produksi dan editorial, percetakan hinggalah kepada pengedaran. Anda tidak perlu menggunakan keseluruhan perkhidmatan yang Book Pro sediakan. Anda boleh pilih yang sesuai dan tepat dengan keperluan Anda.

Senarai pakej yang disediakan buat Anda (Klik di atas pautan)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google