Buku yang baik adalah buku mempunyai komponen isi, persembahan dan pakej yang baik. Pakej ini termasuklah cara cetakan, cara penjilidan dan kualiti kulit buku tercetak. Ini adalah faktor yang cukup penting bagi memastikan buku terbitan Anda menepati cita rasa para pelanggan iaitu pembaca. Di samping itu juga faktor harga dan masa yang cukup kritikal dalam memastikan pelaburan yang sudah dibuat berbaloi dan mendapat pulangan maksima.
Para pencetak Book Pro mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang cetakan dan penjilidan. Sebut sahaja apa sahaja spesifikasi yang dikehendaki, mereka pasti boleh lakukannya. Selepas mengendalikan berpuluh ribu jenis buku dan majalah, daripada percetakan web hinggalah kepada off set, daripada kulit buku UV finishing kepada emboss, penjilidan berbentuk jilid sempurna hinggalah berkulit keras menjadikan buku Anda berada dalam tangan pakar.
Proses percetakan yang disediakan di Book Pro terdiri daripada :
Sistem kami direka bagi meminimumkan kos yang berkaitan dengan percetakan jangka pendek. Walaupun pihak kami lebih berminat menerima salinan digital dalam bentuk PDF, namun begitu pihak kami tetap menerima salinan dalam bentuk Microsoft Word, Excel, Power Point, Quark dan InDesign. Anda boleh mengirimkan fail dalam bentuk cakera liut, cakera padat dan apa sahaja peranti simpanan lain.
Halaman teks selalunya dicetak dalam satu warna ataupun dua warna. Namun begitu halaman 4 warna boleh diaturkan proses cetakannya.
Kami menawarkan percetakan kulit buku yang lengkap. Daripada satu warna hinggalah empat warna. Anda juga boleh memilih kesan penyudah (finishing) bagi kulit buku Anda sama ada mahukan matt lamination, spot uv, embossed hinggalah kesan keemasan.
Book Pro menawarkan jilid secara jilid sempurna, jahit dan jilid dengan kulit keras. Apa sahaja pilihan Anda kami pasti penuhinya.
Buku-buku yang sudah siap akan dihantar terus ke tempat Anda
Bagi mengurangkan risiko Anda terutamanya penerbitan baru, pihak kami boleh menyediakan naskhah pruf (dummy) sebelum Anda membuat pelaburan besar untuk cetakan pertama.
Maklum balas kepada naskhah ini amat penting. Sebarang kerosakan ataupun masalah kepada naskhah tersebut boleh dibetulkan sebelum membuat cetakan. Anda boleh mendapatkan informasi dan maklum balas yang cukup bernilai sebelum membuat keputusan cetakan pertama.
BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Book Pro apabila Anda menggunakan Pakej Book Pro Cetak ini. Email kepada jualan@bookpro.my ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.
Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.