Book Pro Edar

Book Pro Edar

Pengedaran dan pemasaran buku adalah faktor yang cukup penting bagi memastikan buku-buku terbitan Anda memasuki pasaran dengan baik. Pelbagai saluran tersedia daripada saluran kedai buku tradisional, kedai buku berantai, kedai buku online, gerai-gerai pasar malam hinggalah kepada jualan langsung.

Komitmen Book Pro kepada menyampaikan buku-buku terbitan Anda kepada para pelanggan amat tinggi. Disebabkan itu pihak Book Pro menubuhkan syarikat khusus iaitu Book Pro Sales & Distributors dalam memastikan buku-buku terbitan Anda berjumpa dengan para pelanggannya dengan baik.

Book Pro Sales & Distributors (BPSD) mengedar dan menjual produk buku terbitan penerbit-penerbit buku terkenal Malaysia. Antaranya adalah :

  • Book Pro Publishing Services (Penyedia perkhidmatan)
  • PTS Millennia Sdn Bhd
  • PTS Professional Publishing Services Sdn Bhd
  • PTS One Sdn Bhd
  • PTS Islamika
  • PTS Fortuna
  • PTS Litera Utama Sdn Bhd
  • Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd
  • Alaf 21 Sdn Bhd
  • Telaga Biru Sdn Bhd
  • KarnaDya Solutions Sdn Bhd
  • Jemari Seni
  • Ar-Risalah Publications Sdn Bhd
  • dan ramai lagi.

Jualan dan pengedaran dilakukan secara saluran tradisional seperti membuat pameran di institusi-institusi, penghantaran katalog dan menjalin perhubungan bisnes dengan pengedar-pengedar buku besar Malaysia.

Di samping itu juga pihak BPSD juga membuat jualan melalui kedai buku online di e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda (www.e-kedai.net). e-Kedai.net adalah kedai online milik penuh BPSD, ruangan internet yang semakin berkembang pesat adalah ruangan terbaik bagi memasarkan produk Anda. Para pelanggan e-Kedai.net terdiri daripada para pelanggan seluruh dunia. e-Kedai.net mempunyai pelanggan dari Australia, Jepun, Amerika, Brunei, Indonesia, Singapura dan negara-negara lain.

ekedai.jpg

e-Kedai.net sudah menduduki carta 10 tertinggi bagi ranking enjin carian penting di Google dan Yahoo. Ini membuatkan e-Kedai.net adalah satu ruang pemasaran yang Anda tidak boleh lepaskan peluang bagi menyertainya. Di sini, Anda pasti berpeluang.

BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Book Pro apabila Anda menggunakan Pakej Book Pro Edar ini. Email kepada jualan@bookpro.my ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.

Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.

Senarai pakej lain disediakan buat Anda (Klik di atas pautan)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google