Book Pro Latih

Book Pro Latih

Dunia penerbitan buku adalah dunia yang cukup dinamik. Ia selari dengan perkembangan ilmu yang bergerak laju. Setiap hari ada sahaja penemuan terbaru, teknologi terkini, peralatan tercanggih, idea inovatif terhebat muncul. Impak daripada itu, minda insan di sekeliling kewujudan perkara-perkara ini berubah selari dengannya. Cara bertindak, cara bercakap dan berfikir rakyat juga berkembang mengikuti arus moden.

Ini menyebabkan para penerbit dan penulis perlu juga bergerak selari dengan situasi semasa. Idea-idea yang mungkin dirasakan baik pada zaman dahulu tidak semestinya relevan dengan masa sekarang. Kaedah terbaik dan tercanggih dahulu sudah menjadi purba pada mata pandang moden. Ilmu-ilmu baru dunia penulisan dan penerbitan buku amat penting dalam memastikan Anda dan kami menghasilkan produk terbaik bagi memaksimumkan pelaburan yang dibuat.

Book Pro di bawah anak syarikatnya MQ Human Development membina modul-modul yang praktikal bagi para penulis dan penerbit baru. Ia dibina berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dan ia sudah diuji keberkesanannya. Para pakar Book Pro sudah mengendalikan berpuluh-puluh bengkel, ceramah dan seminar dunia penerbitan, ini menjadikan mereka cukup hadam dengan situasi berserta keperluan dunia buku.

Pihak Book Pro menyediakan pakej latihan bagi mana-mana individu, organisasi dan badan swasta ataupun kerajaan yang berminat. Pakej latihan ini meliputi keseluruhan latihan penulisan dan penerbitan buku.

Perincian Modul Latihan Penulis

Pengenalan dunia penerbitan (1 hingga 2 jam)

Penerangan mengenai situasi sebenar dunia penerbitan di Malaysia. Ia meliputi :

  • Apakah itu buku?
  • Situasi semasa dunia buku
  • Pemasaran buku
  • Beza penerbit dan pencetak

Pemasaran dan Penjualan Buku Efektif & Efisien

Penerangan dan teknik pemasaran buku yang terkini, efektif dan efisien. Ia meliputi penerangan mengenai saluran jualan, cara promosi hinggalah kepada khidmat pelanggan.

Motivasi Penulisan (1 hingga 2 jam)

Ceramah motivasi penulisan. Faktor-faktor yang menghalang para penulis menghasilkan karya dan cara menghindarkan nya

Cara Bekerja dengan Penerbit (1 hingga 2 jam)

Bagaimana seorang penulis menghantarkan karya daripada penyediaan proposal hinggalah kepada penghantaran manuskrip. Di sini juga diterangkan apakah bahan-bahan yang perlu disediakan dan bagaimana menyediakannya sebelum dihantar kepada pihak penerbit

Hak cipta / Copyright (1 hingga 2 jam)

Penerangan mengenai akta Hak cipta terpelihara 1987 dan bagaimana para penulis menggunakan akta ini bagi melindungi hak mereka. Di sini juga diterangkan bagaimana urusan perundangan di antara para penulis dan penerbit mereka.

KJ metode: Teknik menulis yang berkesan (2 hingga 4 jam)

Penerangan mengenai kaedah menulis yang efektif dan efisien. Rahsia para penulis terdahulu menulis banyak buku dengan masa yang singkat.

Kesalahan-kesalahan tatabahasa yang selalu dikesan (1 hingga 2 jam)

Menerangkan cara menghasilkan bahan tulisan yang kurang kesalahan tatabahasa. Ia memberikan pandangan penerbit kepada bahan tulisan yang diserahkan kepada mereka.

Bagaimana mengurangkan indeks kebolehbacaan (1 hingga 2 jam)

Penerangan mengenai kayu ukur kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan dan tulisan. Di sini ia membincangkan bagaimana menurun kan indeks ini di samping memudahkan pembacaan sesuatu buku.

Pihak kami juga mengendalikan keseluruhan pakej di atas dalam program Bengkel Sehari Penulisan dan Penerbitan Buku.

PARA PELANGGAN KAMI YANG GEMBIRA

  • Unit Latihan, Universiti Sains Malaysia (terbaru)
  • Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sains Malaysia
  • Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
  • Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia
  • Sekolah Undang-undang, Universiti Utara Malaysia
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
  • Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
  • Maktab Perguruan Bukit Mertajam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Sains Malaysia
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Sains Malaysia
  • Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
  • Angkatan Belia Islam Malaysia
  • KLIUC
  • dan ramai lagi…

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk ke laman web konsultan kanan kami di www.fauzulnaim.com

Koleksi gambar ceramah dan bengkel dikendalikan konsultan kanan Book Pro

BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Book Pro apabila Anda menggunakan Pakej Book Pro Latih ini. Email kepada jualan@bookpro.my ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.

Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.

Senarai pakej lain disediakan buat Anda (Klik di atas pautan)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google