Book Pro Sunting

Book Pro Sunting

Buku yang mudah dibaca adalah suatu keadaan yang amat kritikal bagi seseorang individu ataupun organisasi penerbit buku. Ia lagi kritikal bagi mereka yang menerbitkan karya secara sendiri. Sebarang kesalahan taip, nahu, tatabahasa dan tanda bacaan boleh menyebabkan para pembaca mengalihkan perhatian daripada mesej serta isi yang bagus kepada mencari kesalahan pada buku tersebut.

Tenaga pakar Book Pro berpengalaman mengendalikan keadaan sebegini. Mereka ini amat teliti dalam menjaga konsistensi penyampaian dan tatabahasa buku bagi menjadikan persembahannya profesional seperti kehendak dan jangkaan pembaca. Ketelitian ini menjadikan buku terbitan Anda berada pada taraf yang sama dengan penerbit profesional dan sudah lama dalam pasaran.

Para editor Book Pro tidak akan menukar cara, stail, susunan, penggunaan kata ataupun jalan cerita Anda agar keunikan pendekatan dan cara persembahan masih tetap sepertimana fokus asal. Alamilah kawalan kreativiti yang datang bersama penerbitan Anda sendiri dan biarkan tenaga pakar kami menajamkan lagi hasil kerja Anda, setiap ayat serta setiap perkataan hingga sempurna. Kuasa penentuan dan persetujuan masih di tangan Anda.

Para penulis dan penerbit berpengalaman pun masih lagi kadangkala terlepas pandang kepada kesalahan pada buku. Book Pro Sunting memberikan khidmat sokongan yang diperlukan oleh para penerbit persendirian. Kami memberikan Anda peluang kepada Anda memberi fokus sepenuhnya kepada penulisan dan berkeyakinan kepada hasil tangan akhir kami kepada buku terbitan Anda. Book Pro Sunting menyediakan perkhidmatan berikut :

  • Pemeriksaan ejaan
  • Tatabahasa
  • Huruf besar dan huruf kecil
  • Tanda baca
  • Penomboran
  • Senarai nombor
  • Kesesuaian dan keneutralan gender

Book Pro tahu bahawa Anda sudah meletakkan sepenuh tenaga dan masa kepada penulisan buku Anda. Oleh sebab itu pihak kami memberikan sepenuh komitmen dalam menjadikan perkhidmatan kami antara terbaik di antara yang terbaik. Kejayaan Anda adalah kejayaan kami, reputasi Anda adalah juga reputasi kami sebagai syarikat penyedia perkhidmatan penerbitan. Kami berusaha bagi memastikan kelebihan berada di pihak Anda terutamanya dalam menjadikan produk Anda berjaya dalam pasaran. Kami menawarkan perkhidmatan ini sebagai faedah bonus kepada para pelanggan kami dalam meningkatkan kualiti penerbitan Anda.

BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Book Pro apabila Anda menggunakan Pakej Book Pro Sunting ini. Email kepada jualan@bookpro.my ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.

Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.

Senarai pakej lain disediakan buat Anda (Klik di atas pautan)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google