Book Pro Terjemah
Mahal! Tidak sedap dibaca! Baik baca buku asal! dan banyak lagi keluhan serta komen didengar apabila kita menyebut mengenai perkhidmatan terjemahan dan buku terjemahan. Kadar standard sekian lama diperkenalkan dalam dunia penterjemahan negara menjadikan para penerbit atau organisasi berfikir beberapa kali bagi menterjemah buku walaupun ianya buku paling laris terjual di dunia. Perkara inilah yang menghasilkan kesan domino kepada buku-buku terjemahan, harga mahal, susah dijual dan tidak laris dalam pasaran.
Tambahan kepada situasi tragis ini adalah mutu dan kualiti terjemahan yang dibuat. Bahasanya sukar dibaca, makna dan roh penulisan asal tidak kesampaian, gangguan kepada pembacaan dan banyak lagi pandangan negatif terhadap buku terjemahan. Segala komen dan pandangan ini kini boleh dilupakan. Tiada lagi kadar yang tinggi, tiada lagi kekesalan pembacaan, tiada lagi kekecewaan pembelian.
Kualiti tertinggi tiada kompromi. Inilah moto pegangan para penterjemah di Book Pro. 6 prinsip penting dalam gerak kerja Book Pro Terjemah ini :
- Pengalaman Bertahun : Pengalaman penterjemahan karya-karya daripada luar negara sejak bertahun. Terjemahan karya daripada rantau Asia Tenggara dan Eropah menjadikan kami pilihan tepat buat Anda.
- Sumber Terbaik : Para penterjemah Book Pro ditapis daripada ribuan penterjemah di Malaysia. Mereka ini berpengalaman bertahun-tahun dalam menghasilkan terjemahan berkualiti tinggi. Karya terjemahan Anda berada dalam tangan yang betul.
- Jaminan Kualiti : Para penterjemah mengendalikan gerak kerja dalam ruang kepakaran mereka. Menterjemah dalam bahasa ibunda dan bahasa kedua yang seumpama bahasa harian mereka. Kualiti penilaian, termasuk pembacaan pruf, terminologi dan penggunaan istilah terkini bagi menjadikan keluaran berkualiti tertinggi. Konsistensi hasil penterjemahan terutamanya dari sudut pengekalan mesej asal buku asal amat penting dalam gerak kerja kami.
- Kadar Terendah : Kami amat berbangga memberikan kualiti kerja tertinggi dengan kadar yang tidak terkalah. Jaminan kadar bayaran terjemahan kami adalah yang termurah dengan tidak menafikan kualiti. Jika ada yang boleh memberikan lebih baik maklumkan kepada kami, pasti boleh lawan.
- Kepantasan Masa : Faktor masa amat penting dalam memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Kami memahami bahawa para pelanggan kami sudah membuat pelaburan yang cukup besar apabila mendapatkan hak cipta sesuatu karya. Ini menjadikan kami lebih berkomitmen dalam memastikan khidmat terjemahan kami pantas dalam kadar masa yang sewajarnya.
- Kesulitan terjamin : Kerahsiaan amat penting terutamanya kepada penghasilan dokumen sulit. Ini adalah jaminan tertinggi kami bagi memastikan tiada kebocoran maklumat para pelanggan kami. Sebarang perjanjian bagi tujuan tersebut boleh disediakan oleh para pelanggan bagi jaminan yang lebih.
Bahasa Terjemahan
Pihak kami menyediakan terjemahan khusus buat bahasa-bahasa berikut :
- Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu
- Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu
- Bahasa Arab kepada Bahasa Inggeris
- Bahasa Indonesia kepada Bahasa Melayu
BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Book Pro apabila Anda menggunakan Pakej Book Pro Terjemah ini. Email kepada jualan@bookpro.my ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.
Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.
Senarai pakej lain disediakan buat Anda (Klik di atas pautan)