Lain-lain Perkhidmatan
Bagi melengkapkan program penerbitan Anda, pihak Book Pro menawarkan beberapa perkhidmatan tambahan bagi memastikan karya Anda memenuhi spesifikasi penerbit profesional. Perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut :
Reka Bentuk Kulit Buku
Don’t Judge A Book By Its Cover! Ini adalah kata-kata biasa yang kita dengar daripada mulut individu apabila bercakap mengenai buku. Bagi pandangan kami yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penerbitan tersebut, ia adalah salah. Kulit buku adalah daya tarikan utama bagi memastikan para pelanggan tertarik dengan produk buku yang diterbitkan. Pihak kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk kulit buku yang pasti menjadikan buku Anda menonjol berbanding buku terbitan lain. Anda boleh rujuk portfolio kami bagi melihat contoh-contoh buku rekaan artis grafik kami.
Kartun, Ilustrasi & Komik
Nilai tambah seperti kartun, ilustrasi dan komik menjadikan buku-buku terbitan Anda lebih mesra pelanggan. Pakej pelengkap terbaik bagi memastikan para pelanggan tidak lekang daripada bersama buku terbitan Anda. Pihak kami menyediakan perkhidmatan melukis kartun, ilustrasi dan komik daripada para pelukis berpengalaman. Harga terbaik dalam pasaran.
Fotografi
Imej adalah penting dalam menjadikan sesuatu terbitan itu diwarnai dengan seribu satu keindahan dan makna. Imej-imej berkualiti menarik minat para pembaca meneliti setiap halaman buku Anda. Pihak kami menyediakan khidmat fotografi daripada jurugambar profesional dan semi profesional mengikut kehendak Anda
Pembangunan Laman Web
Dalam dunia teknologi maklumat ini, laman web adalah keperluan utama bagi memasarkan buku terbitan Anda. Ia memudahkan para pelanggan mengakses informasi dan maklumat mengenai buku Anda. Ia menarik minat masyarakat mendekatinya dan menghayatinya. Sebut saja apa spesifikasi Anda, pihak kami menyediakannya. Daripada domain, web hosting, reka bentuk hinggalah kepada promosi.
BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Book Pro apabila Anda menggunakan Pakej Lain-lain Perkhidmatan ini. Email kepada jualan@bookpro.my ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.
Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.













