Dunia penerbitan buku adalah dunia yang cukup dinamik. Ia selari dengan perkembangan ilmu yang bergerak laju. Setiap hari ada sahaja penemuan terbaru, teknologi terkini, peralatan tercanggih, idea inovatif terhebat muncul. Impak daripada itu, minda insan di sekeliling kewujudan perkara-perkara ini berubah selari dengannya. Cara bertindak, cara bercakap dan berfikir rakyat juga berkembang mengikuti arus moden.
Ini menyebabkan para penerbit dan penulis perlu juga bergerak selari dengan situasi semasa. Idea-idea yang mungkin dirasakan baik pada zaman dahulu tidak semestinya relevan dengan masa sekarang. Kaedah terbaik dan tercanggih dahulu sudah menjadi purba pada mata pandang moden. Ilmu-ilmu baru dunia penulisan dan penerbitan buku amat penting dalam memastikan Anda dan kami menghasilkan produk terbaik bagi memaksimumkan pelaburan yang dibuat.
Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) melalui AkademiPenulis.Com jenama pembangunan penulis miliknya membina modul-modul yang praktikal bagi para penulis dan penerbit baru. Ia dibina berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dan ia sudah diuji keberkesanannya. Para pakar FNSB sudah mengendalikan berpuluh-puluh bengkel, ceramah dan seminar dunia penerbitan, ini menjadikan mereka cukup hadam dengan situasi berserta keperluan dunia buku.
Pihak FNSB menyediakan pakej latihan bagi mana-mana individu, organisasi dan badan swasta ataupun kerajaan yang berminat. Pakej latihan ini meliputi keseluruhan latihan penulisan dan penerbitan buku.
Perincian Modul Latihan Penulis
Pengenalan dunia penerbitan (1 hingga 2 jam)
Penerangan mengenai situasi sebenar dunia penerbitan di Malaysia. Ia meliputi :
- Apakah itu buku?
- Situasi semasa dunia buku
- Pemasaran buku
- Beza penerbit dan pencetak
Pemasaran dan Penjualan Buku Efektif & Efisien
Penerangan dan teknik pemasaran buku yang terkini, efektif dan efisien. Ia meliputi penerangan mengenai saluran jualan, cara promosi hinggalah kepada khidmat pelanggan.
Motivasi Penulisan (1 hingga 2 jam)
Ceramah motivasi penulisan. Faktor-faktor yang menghalang para penulis menghasilkan karya dan cara menghindarkan nya
Cara Bekerja dengan Penerbit (1 hingga 2 jam)
Bagaimana seorang penulis menghantarkan karya daripada penyediaan proposal hinggalah kepada penghantaran manuskrip. Di sini juga diterangkan apakah bahan-bahan yang perlu disediakan dan bagaimana menyediakannya sebelum dihantar kepada pihak penerbit
Hak cipta / Copyright (1 hingga 2 jam)
Penerangan mengenai akta Hak cipta terpelihara 1987 dan bagaimana para penulis menggunakan akta ini bagi melindungi hak mereka. Di sini juga diterangkan bagaimana urusan perundangan di antara para penulis dan penerbit mereka.
KJ metode: Teknik menulis yang berkesan (2 hingga 4 jam)
Penerangan mengenai kaedah menulis yang efektif dan efisien. Rahsia para penulis terdahulu menulis banyak buku dengan masa yang singkat.
Kesalahan-kesalahan tatabahasa yang selalu dikesan (1 hingga 2 jam)
Menerangkan cara menghasilkan bahan tulisan yang kurang kesalahan tatabahasa. Ia memberikan pandangan penerbit kepada bahan tulisan yang diserahkan kepada mereka.
Bagaimana mengurangkan indeks kebolehbacaan (1 hingga 2 jam)
Penerangan mengenai kayu ukur kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan dan tulisan. Di sini ia membincangkan bagaimana menurun kan indeks ini di samping memudahkan pembacaan sesuatu buku.
Pihak kami juga mengendalikan keseluruhan pakej di atas dalam program Bengkel Sehari Penulisan dan Penerbitan Buku.
PARA PELANGGAN KAMI YANG GEMBIRA
- Unit Latihan, Universiti Sains Malaysia (terbaru)
- Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sains Malaysia
- Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
- Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
- Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia
- Sekolah Undang-undang, Universiti Utara Malaysia
- Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
- Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
- Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
- Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
- Maktab Perguruan Bukit Mertajam
- Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Sains Malaysia
- Pusat Pengajian Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Sains Malaysia
- Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
- Angkatan Belia Islam Malaysia
- KLIUC
- dan ramai lagi…
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk ke laman web rasmi AkademiPenulis.Com di www.akademipenulis.com
Koleksi gambar ceramah dan bengkel dikendalikan konsultan kanan FNSB
[Gallery not found]BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak PenerbitBuku.Com apabila Anda menggunakan Pakej Pro Latih ini. Email kepada editorial@fauzulnaim.com ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami (+6) 016 661 1834. Kami menunggu panggilan daripada Anda.
Pihak PenerbitBuku.Com menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.