Sekarang manuskrip Anda sudah selesai, selesai ditulis, selesai diterjemahkan, selesai disunting. Anda berfikir bahawa ia memerlukan seorang artis grafik yang baik bagi memastikan karya Anda disusun atur dengan baik. Susun atur huruf sesuatu buku ke dalam bentuk buku amat penting kepada survival sesebuah penerbitan buku. Ada kadangkala buku tersebut sudah bagus isinya, tip-tipnya praktikal, fakta mantap, kajian mendalam. Namun begitu disebabkan susun atur huruf tidak disusun dengan baik, gambar rajah berselerak, penggunaan typo tidak sesuai, tidak termasuk susunan formula dan penataan teks Arab yang mengecewakan menjadikan buku tersebut tidak menyelerakan bagi dibaca.
kesalahan penataan susun atur huruf yang tidak sesuai dengan standard percetakan sepatutnya merumitkan lagi keadaan. Kesilapan susunan, di mana mahu meletakkan laman separa, laman penuh, isi kandungan dsb menambahkan lagi kesusahan penghasilan buku Anda.
Pengalaman bertahun-tahun dalam dunia penerbitan dan penataan susun atur huruf buku menjadikan tenaga pakar di PenerbitBuku.Com sudah masak dengan keperluan penting dalam menghasilkan buku yang baik. Apakah cita rasa semasa? Apakah kesulitan dan cara penyelesaian? Apakah perisian terbaik buat susun atur huruf terbaik? Apakah font yang harus digunakan buat buku akademik dan novel? Apakah kehendak pencetak? Pengetahuan terkini mengenai semua ini menjadikan PenerbitBuku.Com adalah pilihan terbaik bagi menghasilkan buku berkualiti tinggi.
Benarkan pakar kami membantu Anda menyelesaikan segala kesulitan Anda. Buku Anda pasti menjadi makanan ilmu yang cukup menyelerakan buat para pembaca Anda.
Pihak PenerbitBuku.Com menyediakan perkhidmatan susun atur huruf berdasarkan perincian berikut
- Suntingan pruf
- Suntingan konsep dan naskhah
- Indeks dan aturan muka surat
- Reka bentuk antara muka buku
- Susun atur huruf teks
- Format teknikal
- Pemurnian grafik
- Penyediaan teks kompleks seperti formula matematik dan teks Arab
- Nota kaki dan nota hujung
- Transliterasi
BERTINDAK SEKARANG! Hubungi kami bagi mengetahui apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak PenerbitBuku.Com apabila Anda menggunakan Pakej Pro Layout ini. Email kepada editorial@fauzulnaim.com ataupun gunakan ruangan Hubungi Kami di atas ataupun terus hubungi Hotline kami 1-700-80-2776. Kami menunggu panggilan daripada Anda.
Pihak Book Pro menyediakan pakej perkhidmatan yang cukup fleksibel. Anda boleh mengambil kesemua perkhidmatan yang disediakan secara pakej dan juga boleh mengambil mengikut keperluan. Ini dibuat bagi memudahkan para pelanggan kami memilih sesuatu perkhidmatan kami mengikut keperluan semasa mereka. Selain daripada pakej di atas, Anda boleh juga melihat pakej-pakej lain yang disenaraikan di bawah.