Projek Terbaru : Israk Mikraj & Perkara Ghaib

Alhamdulillah selepas beberapa lama, laman web ini sudah berwajah baru yang lebih elegan dan menarik. Dalam tempoh masa beberapa lama ini, pihak PenerbitBuku.Com sibuk dengan projek-projek daripada pelbagai agensi dan IPTA.

Antara projek yang sudah selesai adalah :

  • Laporan Tahunan MECD
  • Jurnal Usuluddin 25, 26 dan 27
  • Jurnal Fiqh Usul
  • dan yang terkini adalah buku terbitan Dr. Md Zaki Abdul Manan, Israk Mikraj dan Perkara Ghaib : Antara Persepsi Islam dan Sains.

Di bawah dikongsikan sinopsis dan kulit buku terbaru Dr. Md Zaki yang dijangka siap cetak dalam minggu hadapan.

Persoalan mengenai perkara ghaib menyentuh dua aspek; pertama, perkara yang sesuai dicarikan jawapannya dan kedua adalah persoalan yang dilarang (mustahil) mampu difikirkan oleh manusia.

Israk Mikraj tidak dapat ditandingi oleh mana-mana saintis di dunia. Walaupun saintis barat yang bukan Islam menolak Israk Mikraj akan tetapi mereka terus juga meneroka angkasa lepas hingga sekarang. Banyak “penemuan” baru yang meragukan tersebar luas di kalangan masyarakat barat yang bertentangan dengan pandangan dan pendapat ulamak tafsir. Saintis Islam perlu pro aktif melakukan kajian di ruang angkasa untuk memastikan segala kerahsiaan maklumat di dalam al-Quran tidak terlepas ketangan saintis bukan Islam.

Saintis dan ulamak perlu duduk semeja menilai semula isi kandungan al-Quran dan membuat keputusan tentang tafsiran yang masih belum diuji-kaji secara saintifik supaya umat manusia masa kini tidak terus hidup dalam keraguan dan “kebatilan”. Banyak “andaian”, ramalan dan “pendapat” saintis yang masih belum pasti yang memerlukan kepada persepakatan antara ulamak dan saintis terutama isu-isu berkaitan angkasa lepas, perkara ghaib, “makhluk asing” dan planet-planet yang bertaburan di angkasa lepas. Saintis dan ulamak perlu mencari jawapan tepat supaya penerokaan “astronaut” ke angkasa lepas hanya tertumpu kepada bidang kajian yang berfaedah semata-mata dan bukannya untuk membuat kajian tentang perkara yang jelas bertentangan dengan Islam dan mustahil boleh berjaya.

Kulit buku Israk Mikraj & Perkara Ghaib

Kulit buku Israk Mikraj & Perkara Ghaib

About PenerbitBuku.Com
PenerbitBuku.Com adalah laman web penyedia perkhidmatan di bawah pengurusan Book Pro Publishing Services (Book Pro). Kita di Book Pro menyediakan perkhidmatan penyuntingan, layout, penterjemahan, percetakan dan penjilidan yang memenuhi standard industri. Layari laman web ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Speak Your Mind

*