Terbit Sendiri : Adakah Ini Cara Terbaik Untuk Menerbitkan Karya Anda?

October 7, 2007

Terbit sendiri mungkin salah satu cara terbaik bagi menerbitkan karya anda. Ada beberapa kelebihan bagi menerbitkan karya sendiri. Kelebihan-kelebihan ini mungkin anda tidak pernah fikirkan sebelum ini.

PERTAMA : Terbit sendiri menjadikan anda mempunyai kuasa penuh kepada karya anda. Apabila orang lain membayar royalti kepada anda menerbitkan sesebuah buku. Mereka sudah tentu membuat banyak keputusan mengenai suntingan, kulit buku, judul buku dan pemasaran buku yang memberikan impak bukan sahaja kepada bagaimana bagusnya karya anda dijual tetapi juga penerimaan pembaca terhadapnya. Sebagai contoh jika anda ada sebuah karya yang anda sudah berikan tajuk “Menjadi Pelajar Cinta Ilmu”. Namun begitu kerana stigma kepada perkataan ilmu itu tajuk ditukar kepada “Pelajar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Judul tersebut mungkin tidak bersesuaian dengan apa yang ditulis, tetapi dirasakan ia boleh dijual maka ditukar kepada tajuk tersebut.

KEDUA : Terbit sendiri lebih cepat. Pernah seorang penulis menghantarkan penulis bernama besar menghantarkan karya kepada sebuah penerbit besar milik kerajaan. Sehingga sekarang sudah sepuluh tahun ia berada di tangan penerbit tersebut dan tidak diterbitkan lagi. Apabila ditanya pelbagai alasan diberikan.

KETIGA :
Terbit sendiri untung lebih besar. Walaupun anda terpaksa meletakkan duit terlebih dahulu. Wang tersebut boleh diperoleh secepat mungkin. Anda tidak perlu menunggu sebulan ataupun setahun untuk melihat hasilnya. Kebanyakan penerbit membayar royalti setahun sekali. Jumlahnya juga agak kecil. Namun begitu apabila terbit sendiri, selepas menolak diskaun dan kos percetakan. Kesemua hasil adalah untung bersih buat kita.

Namun begitu sebelum memasuki dunia penerbitan sendiri ini, kita perlu terlebih dahulu tahu sistem penerbitan dan pemasaran buku. Ini bagi mengelakkan kita membuat kesilapan. Tidak perlu bimbang, Book Pro Publishing Services bersedia memberikan khidmat nasihat terbaik buat anda.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengarah Urusan
Book Pro Group
Email : fauzul@bookpro.my
Laman Web : http://www.fauzulnaim.com
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

2 Responses to “Terbit Sendiri : Adakah Ini Cara Terbaik Untuk Menerbitkan Karya Anda?”

  1. Hafiz Lidin on June 6th, 2008 10:57 pm

    saya sudah tulis sebuah buku… tapi tak tau mcm mana nak terbitkan. ada sapa2 bolhe bantu?

  2. Fauzul Naim Ishak on June 7th, 2008 4:30 am

    Dalam hal ini Tuan mempunyai dua pilihan sama ada Tuan ingin menerbitkan karya tersebut sendiri ataupun Tuan ingin mengirimkannya kepada penerbit komersil.

    Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun pihak kami boleh membantu memberikan khidmat nasihat dalam perkara ini. Emailkan kepada pihak kami sinopsis buku tersebut dan pihak kami akan berikan maklum balas.

    Emailkan ke fauzul@bookpro.my. Terima kasih.

Got something to say?